Siapa ganti Rais Yatim di Dewan Negara?

Siapa ganti Rais Yatim di Dewan Negara?

RAIS YATIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persoalan siapa yang akan menggantikan Tan Sri Rais Yatim sebagai Yang Dipertua Dewan Negara mula menjadi tanda tanya berikutan perkhidmatan Rais yang akan tamat 16 Jun ini.

Tiada nama-nama calon yang dibangkitkan setakat ini, namun mengikut prosesnya, calon baharu akan dilantik Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri.

Kebiasaannya calon baharu itu hendaklah bebas daripada politik, namun cenderung kepada kerajaan hari ini sebagai pemudah cara untuk menguruskan Aturan Urusan Mesyuarat di Dewan Negara, khususnya jika terdapat beberapa usul penting, ia boleh diluluskan dengan mudah.

SEJARAH

Mengikut sejarah pelantikan Rais sebelum ini, beliau dilantik ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada September 2020.

Pada ketika itu, Rais yang merupakan calon tunggal daripada pihak kerajaan telah dilantik melalui proses pengundian bersurat memandangkan terdapat lebih daripada satu nama dikemukakan.

Proses sama turut akan dilalui calon baharu Yang di-Pertua Dewan Negara kali ini jika terdapat lebih daripada satu nama calon yang dikemukakan daripada pihak pembangkang.

Setakat ini, seramai 63 ahli Dewan Negara atau lebih dikenali sebagai Senator daripada pelbagai parti telah dipilih bagi memenuhi blok kerajaan dan pembangkang dan mereka yang akan menentukan calon baharu Yang di-Pertua Dewan Negara nanti.

Melihat kepada ruang yang ada, peluang kali ini berkemungkinan diberi kepada calon daripada parti Barisan Nasional (BN) memandangkan Speker Dewan Rakyat telah dipilih daripada PKR.

Ia bagi mengimbangi kedu­du­kan di Dewan Negara memandangkan sebanyak 30 ke­rusi BN telah disumbangkan ke­pada Kerajaan Perpaduan bagi mengukuhkan pentadbiran hari ini, sekali gus peluang akan diberikan kepada parti itu.

Bagi calon BN, nama yang mungkin diangkat bagi menggantikan Rais adalah Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh yang sebelum ini berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

PELUANG

Namun, mungkin peluang sekali lagi diberikan kepada wakil MIC seperti sebelum ini, Tan Sri S. Vigneswaran pada 2016 atau Tun Michael Chen Wing Sum yang merupakan wakil MCA pada 2000.

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri juga boleh mencadangkan nama calon Yang Dipertua Dewan Negara daripada negeri Sabah mahupun Sarawak, bagi mengukuhkan kedudukan kerajaan supaya lebih stabil menerusi 19 parti gabungan Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, pemilihan calon daripada parti sendiri yang tiada kaitan dengan politik juga dibolehkan, yang bertujuan untuk memudahkan urusan-urusan tertentu dalam Dewan Negara, begitu juga dengan calon profesional yang pro kepadanya, turut dibolehkan untuk menjadi pilihannya sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagi jawatan Timbalan Spea­ker Dewan Negara pula yang turut kosong pada ketika ini, berkemungkinan ia akan dise­rahkan kepada calon DAP, Senator Datuk Kesavadas A. Achyuthan Nair yang mewakili DAP, bagi menggantikan Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Ironinya, pelantikan yang dibuat itu nanti kebiasaannya lebih kepada ingin ‘menjaga hati’ dan memberi keseimba­ngan kepada semua pihak agar dapat merasai beberapa jawatan dalam pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN