Ahli Parlimen, Senator elak jadi contoh buruk 

Ahli Parlimen, Senator elak jadi contoh buruk 

LUKANISMAN AWANG SAUNI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menyarankan ahli Parlimen dan ahli Dewan Negara perlu mengelak untuk menjadi contoh buruk kepada masyarakat sekali gus menyokong usaha kerajaan menghentikan tabiat merokok.

Timbalan Menterinya, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, ini berikutan kedudukan mereka sebagai penggubal dasar dan undang-undang negara yang tertinggi.

Justeru, katanya, Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat perlu mengambil serius perkara itu kerana ramai dalam kalangan mereka merupakan perokok tegar dan perlakuan negatif itu ditularkan menerusi media sosial.

“Penguatkuasaan (Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 kelak) perlu diambil serius. Tan Sri Yang Dipertua, Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar saya mohon khidmat nasihat dan saranan kepada Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara agar tidak merokok.

“Kita adalah penggubal dasar, jangan pula beri contoh buruk kepada masyarakat kerana banyak gambar dan cerita bahawa masih ramai perokok dalam kalangan Ahli Parlimen dan Senator,” katanya dalam sesi jawab lisan di sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Dr. Wan Martina Wan Yusoff yang ingin tahu langkah kerajaan memastikan penguatkuasaan undang-undang dapat membendung peningkatan merokok dalam kalangan generasi muda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya