Konflik Palestin-Israel: Tiada ancaman terhadap keselamatan negara - Utusan Malaysia

Konflik Palestin-Israel: Tiada ancaman terhadap keselamatan negara

SAIFUDDIN NASUTION Ismail (tengah) menyerahkan bakul makanan kepada penerima di Pusat Khidmat ADUN Kebun Bunga di Mount Erskine, Tanjung Bungah, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Tiada sebarang tanda wujudnya unsur ancaman terhadap keselamatan negara setakat ini susulan konflik yang sedang berlaku antara Palestin dan Israel.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak polis juga telah meningkatkan tahap siap siaga di sempadan negara bagi memastikan keamananan serta keselamatan sempadan negara terkawal.

”Tiada sebarang tanda yang boleh dibuat kesimpulan bahawa wujudnya unsur-unsur ancaman terhadap keselamatan (negara). Itu penting untuk kita maklumkan kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) merasmikan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga, Lee Bong Heng di Mount Erskine di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, polis juga bekerjasama rapat dengan semua negara jiran dari segi perkongsian risikan bagi memastikan keselamatan negara terjamin.

“Sepanjang konflik (Palestin dan Israel) berlaku dan sepanjang kita menguatkuasakan kawalan sempadan ini, status laporan awal yang kita perolehi adalah keadaan semuanya dalam keadaan status quo, terkawal,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, Jabatan Peguam Negara sedang merangka rang undang-undang berkenaan entiti baharu melibatkan keselamatan siber.

“Negara kita ke arah mewujudkan satu entiti keselamatan siber yang baharu, keputusan diambil dan entiti berkenaan akan diletakkan di bawah Pejabat Perdana Menteri.

”Proses pembuatan rang undang-undang berkenaan entiti baharu agensi keselamatan siber ini sedang diolah oleh Jabatan Peguam Negara,
perbincangan mengenainya masih di dalam proses,” katanya.

Tambahnya, langkah itu diambil sebagai maklum balas kerajaan terhadap potensi ancaman jenayah siber yang semakin meningkat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya