Kompleks Pasar Payang mula dibuka Januari depan - Utusan Malaysia

Kompleks Pasar Payang mula dibuka Januari depan

WAN Ahmad Dahlan Abdul Aziz (tiga, kanan) meninjau projek pembangunan semula Kompleks Pasar Payang, Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Projek pembangunan semula Kompleks Pasar Payang di sini yang sepatutnya siap pada tahun 2021 dijangka mula beroperasi pada Januari depan.

Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, ketika ini projek pembinaan bangunan kompleks tersebut telah siap 100 peratus.

Bagaimanapun katanya, terdapat beberapa proses teknikal peringkat akhir masih belum selesai termasuk Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) daripada Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK).

“Kita akan buat perbincangan dengan IWK untuk pastikan sijil CCC dapat dikeluarkan secepat mungkin.

“ICU JPM dan Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu (PPNT) sentiasa memantau dengan teliti projek-projek yang sedang dalam pelaksanaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) di Negeri Terengganu terutamanya projek-projek keutamaan negeri.

“Ini selaras hasrat Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang mahu semua projek berjalan lancar (termasuk Pasar Payang) agar manfaatnya dapat sampai kepada rakyat dengan peluang berniaga yang disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak projek pembangunan semula Kompleks Pasar Payang, di sini, semalam.

Projek yang bernilai RM75.9 juta itu akan diserahkan kepada MBKT pada 30 November depan.

Antara tarikan utama projek tersebut adalah pembinaan semula menara jam yang pernah menjadi mercu tanda Pasar Payang pada awal kewujudannya untuk membangkitkan semula nostalgia lama penduduk di Terengganu.

Kompleks Pasar Payang yang baharu ini melibatkan perluasan saiz kedai dan ruang legar, dilengkapi kemudahan asas seperti tandas orang kurang upaya (OKU), bilik persalinan bayi, eskalator dan lif bagi keselesaan pengunjung serta peniaga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya