DEWAN RAKYAT: RUU Kawalan Produk Morokok tanpa GEG diluluskan

DEWAN RAKYAT: RUU Kawalan Produk Morokok tanpa GEG diluluskan

GEG
Peguam cadangkan individu lahir selepas 2025 dilarang merokok, hisap vape.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 di peringkat dasar selepas mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen melalui undian suara.

Kelulusan itu dicapai meskipun peruntukan generasi penamat rokok (GEG) digugurkan daripada RUU tersebut.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, walaupun GEG digugurkan daripada RUU itu, pihaknya terbuka untuk mengembalikannya pada masa akan datang.

“GEG mendapat beberapa pandangan dan ada sedikit pertikaian, tetapi kita akan tengok selepas penguatkuasaan RUU dan kita akan terus memantau.

“Apa kesan RUU ini terhadap penurunan mungkin prevalens merokok dan sebagainya, insya-Allah jika kita ada keperluan ketika itu, kita boleh bawa kembali tentang isu GEG ini,” katanya ketika sesi penggulungan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, pihak kementerian akan terus memberi komitmen untuk penguatkuasaan akta ini sebaik sahaja ia diluluskan.

“Kementerian Kesihatan akan bekerjasama dengan semua agensi berkaitan bagi memastikan masalah rokok dapat dibendung. Saya menyeru ahli Parlimen supaya beri sokongan demi masa depan anak-anak kita, anak kita anak saya, anak semua ahli Parlimen pun anak saya juga.

“Saya berharap semua pihak dapat menerimanya dengan baik dan segala perkara boleh dilihat dari sudut peraturan dan kita ada masa lagi untuk tambah baik RUU ini,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya