Umat Islam digesa solat hajat untuk keselamatan Palestin - Utusan Malaysia

Umat Islam digesa solat hajat untuk keselamatan Palestin

WAN SALIM WAN MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Umat Islam di negara ini disarankan mengadakan solat hajat untuk memohon bantuan Allah SWT dan mendoakan kemenangan bagi saudara-saudara mereka di bumi Palestin.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, umat Islam Palestin dalam perjuangan menentang kekejaman Israel dan berusaha untuk membebaskan negara mereka daripada cengkaman penjajah Zionis.

“Umat Islam di Malaysia mesti selalu diperingatkan bahawa isu Palestin adalah isu umat Islam seluruh dunia walaupun media Barat cuba memesongkan hakikat ini di mata umat Islam supaya menganggap ia adalah isu bangsa Arab semata-mata,” katanya di sini hari ini.

Ketika ini, pasukan Pertahanan Israel (IDF) melancarkan Operasi Pedang Besi terhadap Hamas di Semenanjung Gaza yang mana Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan negara itu sedang berperang dan mengarahkan pengerahan rizab sepenuhnya.

Menurut Wan Salim, penaklukan Israel ke atas negara Palestin sudah berlarutan begitu lama sejak 1948 dan sehingga kini masih belum nampak sebarang tanda penyelesaian.

“Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) perlu digesa untuk memainkan peranan memberi tekanan ke atas Israel supaya menghentikan tindakan ganas dan kejam terhadap rakyat Palestin.

”Para pemimpin negara-negara Islam juga boleh menyuarakan kehendak umat Islam ini pada persidangan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya