Ombudsman kayu ukur ketelusan, akauntabiliti kerajaan

Ombudsman kayu ukur ketelusan, akauntabiliti kerajaan

ANESEE Ibrahim (enam, kanan) bergambar bersama penerima Anugerah Biro Pengaduan Awam pada Majlis Seminar Pengurusan Aduan Awam dan Majlis Anugerah Biro Pengaduan Awam 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ombudsman Malaysia yang bakal ditubuhkan kelak bakal menjadi penyambung legasi Biro Pengaduan Awam (BPA) sekali gus menjadi pelengkap kepada kerajaan dalam menegakkan ketelusan dan akauntabiliti.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, undang-undang itu penting bagi menambah baik tadbir urus dalam sistem penyampaian
perkhidmatan awam supaya lebih cekap dan berkesan.

Beliau berkata, draf Rang Undang-Undang (RUU) Ombudsman Malaysia dalam tindakan penambahbaikan sebelum dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dan seterusnya dibentang di Parlimen.

“Ini merupakan satu batu loncatan penting bagi negara dalam usaha menambah baik tadbir urus dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam supaya lebih cekap dan berkesan ke arah demokrasi yang berakauntabiliti.

“Ombudsman adalah badan bebas yang menjadi platform untuk orang awam menyalurkan aduan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam serta mengamalkan kesaksamaan dalam menyelesaikan kes aduan salah tadbiran,” katanya pada Majlis Anugerah BPA, di sini hari ini.

Teks ucapan Mohd Zuki dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Dr Anesee Ibrahim.

Mohd. Zuki berkata, beliau yakin perkhidmatan awam negara akan menjadi lebih baik dengan jumlah aduan yang diterima dapat dikurangkan.

Menurutnya, jumlah aduan adalah kayu pengukur terhadap keberkesanan perkhidmatan yang disediakan sama ada di peringkat agensi, jabatan dan kementerian.

“Dalam pengurusan aduan awam yang efektif, pendekatan terbaik adalah menganggap setiap aduan itu sebagai suatu hadiah. Agensi perlu melihat ia sebagai satu peluang untuk menambah baik perkhidmatan dan bukannya masalah yang menyusahkan.

“Saya percaya kita dapat memanfaatkan aduan yang substantif, yang mempunyai merit dan asbab yang munasabah untuk menambah baik sebarang kelemahan dalam prosedur, piagam pelanggan, pengurusan organisasi dan sistem penyampaian perkhidmatan agensi,” katanya.

Sementara itu, katanya, program naziran yang dikenali Raqib MADANI akan diperluas ke pentadbiran Kerajaan Negeri pada tahun depan selepas melihat kepada kejayaan pelaksanaan program itu di semua kementerian tahun ini.

Raqib MADANI dilaksanakan untuk memastikan pematuhan kepada pekeliling atau peraturan-peraturan pengurusan aduan awam yang sedang berkuat kuasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya