Gaza: Nurul Ain, suami belikan bantuan makanan

Gaza: Rakyat Malaysia Nurul Ain dan suami belikan bantuan makanan kepada rakyat Palestin

KERATAN rakaman video agihan makanan kepada rakyat Palestin yang dikongsi Nurul Ain kepada Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nurul Ain Haron, 37, bersama suami, Mohamed Adnan Shaat mula membelikan bantuan makanan untuk rakyat Palestin terutamanya jira-jiran mereka yang terputus bekalan makanan akibat serangan rejim Zionis.

Bantuan itu dipercayai hasil sumbangan rakan-rakan serta saudara mara di Malaysia.

Menerusi rakaman video di kongsi bersama Utusan Malaysia, Mohamed Adnan berkata, setiap satu keluarga akan menerima bakul makanan antaranya mengandungi dua kilogram gula, tiga liter minyak masak, pasta serta teh.

[VIIDEO AKAN MENYUSUL]

“Kita keluar dalam keadaan susah, tetapi Insya-Allah kita akan sampaikan barangan ini kepada mereka yang memerlukan.

“Terima kasih semua untuk sokongan ini,” katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Nurul Ain ketika ini terkandas di Gaza selepas pertama kali bertemu mentuanya sejak enam tahun berkahwin dengan Mohamed Adnan yang juga warga Palestin.

Dia dan suaminya tiba di Khan Yunis pada 1 Oktober lalu selepas hampir sembilan tahun suaminya tidak pulang ke tanah air kerana bekerja di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Setakat Khamis, dilaporkan seramai 1,537 rakyat Palestin yang meninggal dunia di Gaza sejak Israel melancarkan serangan balas dendam pada Sabtu, termasuk 500 kanak-kanak dan 276 wanita. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN