Rombakan Kabinet, tanya PM - Utusan Malaysia

Rombakan Kabinet, tanya PM

MOHAMAD Sabu ditemui pemberita pada perasmian ladang kekal pengeluaran biji benih padi di Felcra Bhd Seberang Perak di Pasir Salak hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu enggan mengulas lanjut mengenai ura-ura berhubung rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, rombakan Kabinet adalah di bawah kuasa mutlak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Itu (rombakan Kabinet) kena tanya Perdana Menteri,” ujarnya ringkas ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Ladang Kekal Pengeluaran Benih Padi Felcra di Seberang Perak di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kemungkinan berlaku penyusunan semula Kabinet dalam masa terdekat dengan beberapa menteri dan timbalan menteri dijangka digugurkan.

Dakwaan berkaitan penyusunan semula itu bertiup kencang apabila dikatakan berlaku selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Pahang pada 7 Oktober ini.

Dalam reaksi Anwar hari ini, beliau dilaporkan tidak menolak kemungkinan membincangkan rombakan Kabinet dalam sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Menurut Anwar, keperluan merombak Kabinet ketika ini tidak terlalu mendesak kerana hanya terdapat satu kekosongan jawatan iaitu di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Sementara itu dalam perkembangan berlainan, Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, peruntukan bagi KPKM akan ditambah dalam pembentangan Belanjawan 2024 Oktober ini.

Tanpa memperincikan tambahan berkenaan, beliau berkata, jaminan itu telah diberikan Menteri Kewangan.

“Bajet untuk kementerian ditambah, cuma saya tak boleh umum lagilah, tunggu Menteri Kewangan, saya tak boleh mendahului,” katanya.

Dalam Belanjawan 2023, KPKM menerima peruntukan RM5.39 bilion iaitu peningkatan 12.06 peratus berbanding RM4. 81 bilion tahun sebelumnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya