PBB perlu beri tekanan kepada Myanmar, tamatkan konflik demi ASEAN - PM - Utusan Malaysia

PBB perlu beri tekanan kepada Myanmar, tamatkan konflik demi ASEAN – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya memberi tekanan kepada Myanmar supaya menamatkan segala konflik yang berlaku di negara itu demi kestabilan dan kemakmuran rantau ASEAN.

Perdana Menteri berkata, rampasan kuasa, keganasan dan ketidakstabilan di Myanmar antara cabaran terbesar di Asia Tenggara dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kekejaman yang ditimpakan kepada rakyat Myanmar tidak dapat dipertahankan dan bertentangan dengan nilai dan prinsip dikongsi oleh masyarakat di rantau ini dan di seluruh dunia.

“Sokongan masyarakat antarabangsa, termasuk PBB, adalah penting untuk mendesak secara berterusan dan mengekalkan tekanan yang diperlukan ke atas pihak berkuasa tentera untuk mengubah haluan mereka,” katanya dalam Perhimpunan Agung PBB Ke-78 di New York, Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Katanya, prinsip ASEAN juga menyatakan bahawa sebarang kekejaman di mana-mana negara mesti ditamatkan segera.

“Malaysia menyeru Myanmar supaya segera melaksanakan konsensus lima mata ASEAN ke arah mencapai keamanan dan kestabilan negara.

“ASEAN sedang mengemudi persaingan antara kuasa besar di Asia Pasifik. Malaysia percaya bahawa mana-mana strategi yang dijalankan tidak seharusnya bermula atau memburukkan lagi perlumbaan untuk merebut kuasa.

“Sebaliknya, strategi sedemikian sepatutnya menyumbang kepada keamanan dan kestabilan, keselamatan dan kemakmuran di rantau ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN