Keunikan, warna-warni pakaian pelbagai kaum, etnik murid-murid di STB - Utusan Malaysia

Keunikan, warna-warni pakaian pelbagai kaum, etnik murid-murid di STB

MURID-murid Sekolah Tengku Budriah (STB) memperagakan pakaian mengikut kaum dan etnik masing-masing bagi menyemarakkan lagi sambutan Majlis Penutup Bulan Kebangsaan di STB, Arau, Perlis hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Keceriaan jelas terpancar di wajah murid-murid Sekolah Tengku Budriah (STB) yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik bagi meraikan Majlis Penutup Bulan Kebangsaan peringkat sekolah itu di sini hari ini.

Seramai 970 murid sekolah berkenaan memperagakan pakaian unik bertemakan kemerdekaan dan Hari Malaysia itu mengikut kreativiti masing-masing bagi meraikan sambutan berkenaan.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid STB, Zalida Ismail berkata, selain murid-murid, ibu bapa dan komuniti juga hadir bagi memeriahkan majlis yang turut menyelitkan pelbagai pengisian menarik dalam menyemarakkan sambutan tersebut.

“Ibu bapa amat memberikan komitmen baik bagi memastikan penganjuran program itu mencapai objektif yang dikehendaki,” katanya di sini, hari ini.

Dalam majlis sama, seramai 10 murid STB yang kurang berkemampuan turut menerima sumbangan daripada HMG North Trading Sdn Bhd yang disampaikan oleh Pengarah Urusannya, Shahabuddin Ali Pitchay.

SHAHABUDDIN Ali Pitchay menyampaikan sumbangan kepada 10 murid STB yang kurang berkemampuan pada Majlis Penutup Bulan Kebangsaan peringkat sekolah itu hari ini.- UTUSAN

Di samping itu, Zalida berkata, pihak sekolah turut terharu dengan sokongan ibu bapa yang sanggup membelanjakan wang sendiri bagi menghias anak-anak mereka mengikut tema majlis berkenaan.

“Keunikan STB ialah kami mempunyai murid daripada pelbagai kaum dan etnik antaranya seperti Melayu, India, Kadazan, Bidayuh, Siam dan pelbagai lagi.

“Oleh itu, setiap daripada mereka memperagakan pakaian mengikut kaum dan etnik masing-masing bagi mempamerkan semangat kemerdekaan dan satu Malaysia antara satu sama lain,” katanya.

Tambahnya, sepanjang bulan Kebangsaan ini, terdapat pelbagai pengisian menarik telah diatur oleh guru-guru STB sebagai aktiviti buat murid-murid di sekolah itu.

“Kita adakan pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna, sajak kemerdekaan dan anti dadah, sudut kemerdekaan serta pelbagai lagi bagi membolehkan murid-murid mengenal erti sebenar kemerdekaan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya