Maritim Malaysia bantah tindakan SPCG masuk perairan negara

Maritim Malaysia bantah tindakan SPCG masuk perairan negara

Maritim Malaysia bantah tindakan SPCG masuk perairan negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) membantah tegas tindakan agensi penguat kuasa asing iaitu Singapore Police Coast Guard (SPCG) yang dipercayai memasuki perairan Malaysia pada 14 Ogos lalu.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, tindakan SPCG itu telah melanggar jaring pukat sebuah bot nelayan tempatan sehingga tersangkut di bebaling bot penguat kuasa negara itu.

Berdasarkan laporan yang diterima, beliau berkata, nelayan terbabit membuat aduan kepada pihak polis berkaitan insiden pihak SPCG melanggar pukat beliau di kedudukan 0.2 batu nautika di Barat Daya Tuas Checkpoint.

“Berdasarkan lokasi kejadian yang dilaporkan pengadu, pihak Maritim Malaysia merujuk kepada pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi proses pengesahan insiden di atas Peta Baru Malaysia 1979.

“Maklum balas pihak JUPEM mengesahkan bahawa lokasi kejadian yang dilaporkan oleh pengadu jelas berada di dalam perairan Laut Wilayah Malaysia berhampiran jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA),”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Saiful Lizan, Lokasi kejadian juga merupakan kawasan tradisi/lokasi kebiasaan para nelayan tempatan di Johor bagi menangkap ikan dan menjaring udang.

Berikutan itu, Maritim Malaysia kecewa atas tindakan bot SPCG terbabit yang dilihat bertindak melampau, mengganggu serta merosakkan peralatan nelayan tempatan di samping menunjukkan sikap yang tidak menghormati kedaulatan maritim negara jiran.

“Insiden terbabit tmengakibatkan nelayan berkenaan terpaksa menanggung kerugian agak tinggi.

“Pihak Maritim Malaysia akan membuat permohonan bantahan diplomatik agar kejadian yang serupa tidak berulang di masa hadapan demi memelihara hubungan baik kedua-dua buah negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya