Operasi Maritim Malaysia rekod 872 tangkapan

Operasi Maritim Malaysia rekod 872 tangkapan

MOHD. Rosli Abdullah (tengah) bergambar bersama para pengamal media yang hadir pada Program Hari Bersama Media Maritim Tahun 2026 di Teluk Bahang, Pulau Pinang, semalam. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Sebanyak 872 tangkapan direkodkan hasil operasi penguatkuasaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bagi tempoh sehingga 31 Oktober lalu.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Rosli Abdullah berkata, pencapaian itu direkodkan hasil 173,633 pemeriksaan dan 38,712 penggeledahan yang dilaksanakan sepanjang tempoh berkenaan.

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan hasil operasi penguatkuasaan itu pula melebihi RM2.65 bilion.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepanjang tahun 2026, Maritim Malaysia terus memperkukuh penguatkuasaan undang-undang di perairan negara, membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan serta meningkatkan kesiapsiagaan operasi mencari dan menyelamat.

“Kami turut memberikan penekanan kepada pendekatan operasi berasaskan maklumat risikan, analisis ancaman dan penilaian risiko bagi membolehkan aset serta anggota digerakkan secara lebih bersasar, khususnya di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi,” katanya.

Beliau ditemui pada Program Hari Bersama Media Maritim Malaysia Tahun 2026 di sini semalam.

Dalam perkembangan sama, Mohd Rosli berkata, sebanyak 180 kes operasi dan menyelamat dikendalikan sepanjang tempoh berkenaan membabitkan 1,000 mangsa.

Katanya, nilai harta benda yang berjaya diselamatkan menerusi operasi itu berjumlah RM6.91 juta.

Beliau berkata, pencapaian berkenaan juga mencerminkan tanggungjawab besar yang dipikul anggota Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan serta menyelamatkan nyawa di laut.

“Pendekatan intelligence-led operations membolehkan kita melaksanakan operasi berdasarkan maklumat risikan dan penilaian risiko supaya tindakan penguatkuasaan lebih berkesan,” jelasnya.

Kerjasama dengan negara-negara serantau dipertingkatkan termasuk menerusi perkongsian maklumat, risikan serta mesyuarat berkala bertujuan mengesan ancaman di perairan negara.

Mohd. Rosli berkata, maklumat risikan daripada negara jiran juga menjadi antara asas penting kepada pihaknya dalam mengesan pergerakan rentas sempadan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini