Lebih 300,000 alami murung, masalah kesihatan mental

Lebih 300,000 alami murung, masalah kesihatan mental

Tekanan hidup berkaitan kewangan, pekerjaan dan keluarga antara penyumbang kepada masalah kesihatan mental.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 327,927 orang didapati mengalami kemurungan, tekanan dan isu-isu berkaitan dengan kesihatan mental yang memerlukan bantuan psikososial.

Jumlah itu meliputi 308,600 aduan yang diterima menerusi Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tempoh dua tahun sejak Mac 2020 sehingga 20 Oktober 2022.

Talian bantuan MHPSS itu kemudian dinaik taraf kepada Talian HEAL selepas KKM menubuhkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) pada Oktober 2022 dengan 19,327 panggilan diterima bagi tempoh itu sehingga kini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, kebanyakan panggilan yang diterima di Talian HEAL ialah pemanggil yang memerlukan sokongan emosi iaitu 65 peratus (13,001 panggilan) dan selebihnya sebanyak 35 peratus (6,904) diberikan intervensi khusus seperti psikoedukasi atau pengurusan kendiri.

“Talian Heal ada menerima pemanggil yang mempunyai risiko mencederakan diri. Sokongan dilaksanakan dengan melakukan intervensi awal dan bantuan awal krisis berdasarkan situasi atau keadaan pemanggil atau mangsa,” katanya di sini.

Dr. Muhammad Radzi berkata, kira-kira 193 panggilan HEAL diterima daripada warga KKM sendiri atau satu peratus yang antaranya petugas kesihatan termasuk 18 peratus (3,479 orang) daripadanya adalah dalam kalangan pelajar.

Aduan tertinggi adalah mereka dalam kalangan bekerja di sektor swasta iaitu 28 peratus atau 5,411 orang, diikuti 24 peratus (4,638 orang) mereka yang tidak bekerja selain 13 peratus (2,512 orang) daripada kakitangan kerajaan.

Menurut beliau, talian yang dihubungi menerusi 15555 itu akan membantu memberikan intervensi awal, psikoedukasi dan intervensi krisis dan bantuan awal berdasarkan panggilan yang diterima.

Ini termasuk bekerjasama dengan pihak MERS 999, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ambulans bagi kes-kes tertentu.

“Petugas talian akan menghubungi pemanggil semula atau melakukan tindakan susulan sehingga kes selesai atas setiap aduan yang diterima.

“Seramai 21 orang Pegawai Psikologi Kaunseling dan seorang penyelia talian bertugas di Talian HEAL yang dibahagikan kepada dua putaran kerja yang beroperasi dari pukul 8 pagi sehingga 12 tengah malam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN