Tuntutan palsu Penjana Kerjaya RM63 juta: Lagi 47 ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Tuntutan palsu Penjana Kerjaya RM63 juta: Lagi 47 ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kira-kira 47 individu lagi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes tuntutan palsu membabitkan dana insentif Program Penjana Kerjaya di seluruh negara melibatkan nilai keseluruhan berjumlah RM63 juta.

Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, kesemua suspek terdiri daripada 33 lelaki dan 14 wanita ditahan menerusi Op Hire yang dijalankan serentak di seluruh sejak semalam.

Kata sumber itu, kesemua tangkapan membabitkan 51 syarikat yang dikenal pasti SPRM melakukan tuntutan dengan nilai keseluruhan RM63 juta.

“Kesemua yang ditahan terdiri daripada pemilik syarikat, pengarah dan pengurus syarikat.

“Modus operandi syarikat berstatus sendirian berhad itu sepatutnya membuat latihan dan mengaji pekerja dalam bidang industri namun mengambil kesempatan mengemukakan tuntutan palsu dan menyeleweng dana program berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Tambah sumber, kesemua individu berkenaan akan dibawa ke mahkamah pagi ini bagi mendapatkan proses reman.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan mengenai penahanan itu dan enggan mengulas lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.