Lelaki maut tercampak keluar dari kereta

Lelaki maut tercampak keluar dari kereta

KEADAAN kereta jenis Proton Wira yang dipandun mangsa selepas terbabas ke dalam semak Kilometer 19, Jalan Gua Musang-Jeli, Kampung Star di Gua Musang, Kelantan, semalam.UTUSAN/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas di ke dalam semak di kilometer 19, Jalan Gua Musang-Jeli dekat Kampung Star di sini semalam.

Mangsa Muhamad Raduan Mohd. Razali, 25, dari Kampung Baru Sungai Terah turut juga tercampak keluar dari kereta tersebut dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Wira dinaiki mangsa dalam perjalanan dari arah Gua Musang menghala ke Jeli.

Menurutnya, setiba dilokasi sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti nombornya dipercayai telah masuk ke laluan mangsa.

“Keadaan itu menyebabkan kereta yang dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam semak sebelah kiri jalan. Akibat perlanggaran tersebut, mangsa tercampak ke dalam semak dan mengalami kecederaan parah pada kepala.

“Mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk dikebumikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya, saksi bebas atau orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian boleh menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di talian 099121222 atau Pegawai Penyiasat di talian 017-2830392.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya