Pemandu langgar kanak-kanak lima tahun didakwa esok

Pemandu langgar kanak-kanak lima tahun didakwa esok

Allahyarham Asiah Ahmad Syahir maut dalam kemalangan babitkan enam kenderaan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemandu kenderaan BYD yang ditahan di Hospital Damansara hari ini akan didakwa atas tiga pertuduhan di Mahkamah Majistret Trafik Jalan Duta, esok.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur berkata, lelaki itu ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi tadi di Hospital Damansara ketika selesai menerima rawatan.

Menurutnya, suspek kemudian dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 12.30 tengah hari bagi tindakan lanjut. Untitled document

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kertas siasatan kes berkenaan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan pada pukul 3 petang sebelum pihak pendakwaan bersetuju untuk mendakwa suspek. 

“Lelaki itu dijadual didakwa pada pukul 9 pagi di Mahkamah Majistret 13 (Trafik), Jalan Duta.

“Tiga pertuduhan itu masing-masing dibuat mengikut Seksyen 41(1), Seksyen 42(2) dan Seksyen 52(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis sedang melengkapkan siasatan kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching Sabtu lalu, yang mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa dilapor berkata, pemandu BYD Seal sebelum ini menerima rawatan di sebuah hospital swasta. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini