Wanita parah, suami cedera dalam kemalangan atas Jambatan Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Wanita parah, suami cedera dalam kemalangan atas Jambatan Pulau Pinang

KEADAAN sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain atas Jambatan Pulau Pinang, awal pagi ini.-IHSAN JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang wanita berusia 45 tahun cedera parah pada bahagian kepala, kaki dan tangan selepas tersepit pada tempat duduk penumpang sebuah Toyota Hilux dalam satu kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di atas Jambatan Pulau Pinang, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.49 pagi itu, suami mangsa yang juga merupakan pemandu kenderaan pacuan empat roda tersebut bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan pada bahagian yang sama.

Turut cedera dalam kemalangan tersebut ialah pemandu sebuah lagi kenderaan yang terlibat dalam kemalangan berkenaan iaitu Honda BRV. Bagaimanapun, lelaki berusia 38 tahun itu juga hanya mengalami cedera ringan pada bahagian kepala.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

“Operasi kemudian ditamatkan selepas kerja-kerja menyelamat selesai sepenuhnya kira-kira pukul 5.37 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini