Belum muktamad parti bersekutu guna logo dacing - Ahmad Zahid

Belum muktamad parti bersekutu guna logo dacing – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) belum memuktamadkan untuk membenarkan parti sekutu dalam Kerajaan Perpaduan untuk menggunakan logo daging pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya mengakui ada menerima hasrat itu daripada parti lain.

“Hasrat itu ada, tetapi belum dimuktamadkan,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Kawalan Keganasan (JPTKK) di sini, hari ini.

Katanya, buat masa ini, Mesyuarat Kerja Tertinggi UMNO memutuskan calon-calon yang dipertaruhkan daripada BN kekal menggunakan logo dacing pada PRN nanti.

Ahmad Zahid berkata, keputusan mesyuarat adalah bahawa calon BN akan guna lambang BN, namun tidak menolak jika ada parti lain di dalam kesepakatan yang berhasat untuk menggunakan logo BN.

Beliau berkata demikian bagi mengulas hasrat parti bersekutu dalam Kerajaan Perpaduan yang berhasrat menggunakan logo dacing di negeri-negeri tertentu pada PRN nanti.

Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hassan dilaporkan berkata, BN kini sedang mempertimbangkan hasrat parti bersekutu dalam Kerajaan Perpaduan untuk menggunakan logo dacing pada PRN akan datang.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan parti berkenaan atau negeri yang terlibat.

Sebelum ini, enam negeri sepakat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada dua minggu terakhir Jun depan bagi memberi laluan kepada PRN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya