MCA bertanding tiga kerusi, tambahan Bandar Hilir

MCA bertanding tiga kerusi, tambahan Bandar Hilir

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: MCA diberikan tambahan satu kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini, menjadikan parti itu bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kerusi yang diperuntukkan oleh Barisan Nasional (BN) kepada MCA adalah DUN Bandar Hilir, selain Machap Jaya dan Klebang.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, keputusan itu dimuktamadkan oleh kepemimpinan tertinggi BN bersama Perikatan Nasional (PN).

Memuatkan artikel berkaitan…

Perkembangan itu menyaksikan PN hanya diperuntukkan enam kerusi berbanding tujuh kerusi yang dijanjikan BN sebelum ini.

Sementara itu, BN secara rasmi akan bertanding di 22 daripada keseluruhan 28 kerusi DUN.

Semalam, MCA akur dengan dua calon bagi kerusi DUN Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem dan Klebang, Datuk Lim Ban Hong.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini