Agong perkenan hadir ke sesi perkongsian perniagaan bersama delegasi Fujian

Agong hadir ke sesi perkongsian perniagaan bersama delegasi Fujian

agong
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diiringi Lim Hock San bersama delegasi dari Kerajaan Fujian di China yang melakukan lawatan timbal balik ke Malaysia baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: LBS Bina Group Berhad (LBS) akan terus aktif mempromosikan pelaburan dari China ke Malaysia.

Pada 14 Mei lalu, syarikat hartanah terkemuka itu terlibat secara langsung dengan dua sesi perkongsian yang diadakan sempena kunjungan pemimpin kanan dari Kerajaan Fujian di China yang melakukan
lawatan timbal balik ke Malaysia berikutan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China pada April 2023 lepas.

Salah sebuah sesi perkongsian tersebut berlangsung semasa majlis minum petang di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, di mana Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan berangkat.

Baginda bertitah tentang kestabilan politik Malaysia sekali gus menjemput pelabur China untuk meneroka potensi pelaburan di Malaysia, memandangkan hubungan baik antara negara-negara itu.

Kerajaan Fujian turut menyuarakan minat khusus daripada pelabur China untuk melabur di Malaysia dalam industri yang berkaitan.

Dalam sesi perkongsian berasingan yang diadakan pada hari yang sama, LBS turut terlibat dengan mesyuarat delegasi Kerajaan Fujian yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf  Yusoh, bertempat di St. Regis Kuala Lumpur di mana perbincangan menyentuh tentang prospek kerjasama yang akan diterokai, dengan tumpuan khusus kepada pembangunan Zon Ekonomi Tepi Laut Melaka (M-WEZ).

LBS melalui anak syarikatnya, Leaptec Engineering Sdn. Bhd. memeterai perjanjian dengan kerajaan Melaka untuk membangunkan 1,200 ekar tanah di M-WEZ.

Ketua Menteri Melaka seterusnya menyatakan kesediaan beliau dan kerajaan negeri untuk terus mempromosikan Melaka kepada pemimpin utama China bagi memacu kestabilan ekonomi.

Bagi kedua-dua sesi, LBS diwakili oleh Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Ir. Lim Hock San serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan.

Delegasi dari China termasuk  Setiausaha Jawatankuasa Wilayah PKC Fujian dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Kongres Rakyat Wilayah Fujian, Zhou Zuyi diiringiTimbalan Setiausaha Agung Jawatankuasa Wilayah PKC Fujian dan Ketua Pengarah Pejabat Am
Jawatankuasa Wilayah CPC Fujian, Encik Zhou Kuanfen.

Pengerusi Eksekutif LBS: “Secara khususnya, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong di atas kesudian baginda mencemar duli berangkat dan menyerikan majlis jamuan minum
petang pada 14 Mei 2023 lepas.

“Pertemuan ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala Malaysia dan China. Terdahulu pada bulan April, semasa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China, sebanyak 19 MoU telah dimeterai di antara syarikat-syarikat Malaysia dan syarikat-syarikat China, dengan komitmen pelaburan sebanyak RM170 bilion dari China ke Malaysia.

“Oleh itu, LBS positif bahawa China akan terus memainkan peranan besar dalam pembangunan dan kemajuan negara kita bergerak ke hadapan. Kami berharap dapat melihat peningkatan jumlah usaha sama dan kerjasama antara Malaysia dan China pada masa akan datang.” – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya