Perlawananan bola raya anak Perlis di Kuala Lumpur dan veteran Perlis - Utusan Malaysia

Perlawananan bola raya anak Perlis di Kuala Lumpur dan veteran Perlis

MOHD. Shukri Ramli bergambar bersama para pemain selepas perlawanan persahabatan bola sepak antara Persatuan Bola Sepak Anak Perlis Kuala Lumpur dan pasukan Pilihan Veteran Perlis di Kompleks Sukan Tuanku Faizuddin Putra, Universiti Teknologi Mara (UITM), Arau, Perlis semalam. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Persatuan Bola Sepak Anak Perlis Kuala Lumpur mengungguli perlawanan persahabatan menentang pasukan Pilihan Veteran Perlis dengan mencatatkan kemenangan 4-1 menerusi saingan berlangsung di Kompleks Sukan Tuanku Faizuddin Putra, Universiti Teknologi Mara (UITM), di sini, semalam.

Perlawanan yang dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri itu turut mendapat perkenan pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Antara pemain yang mewakili pasukan Persatuan Bola Sepak Anak Perlis Kuala Lumpur adalah terdiri daripada bekas pemain handalan seperti Yusri Che Lah, Rusli Mat Derus dan Khairi Zainudin.

Manakala pasukan pilihan veteran Perlis juga turut menampilkan beberapa nama besar dalam arena bola sepak seperti Jamin Ismail, Hamizan Ismail, Manja Man, Rosli Othman, Ku Aziz Ku Azizan dan Suhairi Karim.

Hadir sama bagi menyaksikan perlawanan dan menyampaikan cederahati perlawanan itu adalah Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Muhammad Azmir Azizan.

Dalam pada itu, Mohd Shukri menerusi ucapannya turut menzahirkan penghargaan di atas penganjuran perlawanan persahabatan itu yang bertujuan merapatkan silaturahim dalam kalangan anak Perlis di perantauan.

Malah, beliau juga berkesempatan mengucapkan tahniah kepada semua pemain yang turut sama dalam perlawanan tersebut.

“Tahniah kepada semua pemain-pemain yang beraksi di mana rata-ratanya adalah merupakan bekas pemain pasukan Perlis sebelum ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya