Pemulihan Sungai Klang oleh LLSB raih pencapaian antarabangsa - Utusan Malaysia

Pemulihan Sungai Klang oleh LLSB raih pencapaian antarabangsa

LLSB
NORITA Mohd. Sidek (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif The Green Organisation, Roger Wolens dan Nini Shazrina Ahmad Shamli pada majlis anugerah Green Golden Awards 2023 di Miami, Amerika Syarikat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) mengungguli anugerah emas selepas bersaing bersama 500 pencalonan lain dari seluruh dunia dalam Green Golden Awards 2023 pada majlis anugerah alam sekitar berprestij, di Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Anugerah tersebut diterima Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Menteri Besar Selangor (Diperbadankan) (MBI), Norita Mohd. Sidek, iaitu syarikat pemegang LLSB, yang menerima trofi dan sijil penghargaan anugerah bersama Pengarah Perkhidmatan Korporat LLSB, Nini Shazrina Ahmad Shamli di Miami, Florida.

LLSB dalam satu kenyataan memaklumkan, syarikat pelaksana inisiatif Gerbang Maritim Selangor (SMG) itu memenangi anugerah tersebut untuk kelestarian dalam kerajaan atas usaha menambah baik Sungai Klang.

Usaha tersebut membolehkan sungai yang sebelum ini tercemar menjadi berdaya maju dan membuka peluang ekonomi baharu serta mewujudkan kesejahteraan sosial terhadap masyarakat sepanjang jajarannya.

“Kami tidak akan sampai ke peringkat ini tanpa sokongan daripada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta lain.

“Mereka berkongsi visi untuk membangunkan dan menambah baik kualiti Sungai Klang supaya dapat menjana peluang ekonomi baharu serta mewujudkan kesejahteraan sosial,” katanya.

Tambahnya, syarikat itu kemudian ditawarkan untuk menyertai pergerakan Duta Green World dan kertas kerja mereka diterbitkan dalam The Green Book, rujukan antarabangsa terkemuka mengenai amalan terbaik alam sekitar.

Pencapaian tersebut merupakan anugerah antarabangsa kedua yang dimenangi oleh LLSB untuk projek SMG. Sebelum ini, LLSB memperoleh perak untuk Inisiatif Kelestarian Kerajaan Terbaik di Anugerah Kelestarian Teluk 2022.

Dalam pada itu, LLSB turut memaklumkan Melaka memenangi anugerah perak dalam Green Golden Awards 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya