Paras air sungai, empangan Selangor masih stabil - Utusan Malaysia

Paras air sungai, empangan Selangor masih stabil

Paras air
IZHAM HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Paras air di sungai dan empangan di seluruh Selangor masih stabil walaupun negara berdepan cuaca panas sejak beberapa minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Awam Selangor, Izham Hashim berkata, beliau tidak menerima sebarang laporan berhubung penyusutan air di sungai dan empangan di negeri ini ketika ini.

“Saya ingin mengingatkan sumber bekalan air di Selangor bukan sahaja daripada empangan, malah beberapa batang sungai di negeri ini turut menyalurkan bekalan air bersih.

“Jadi, orang ramai tidak perlu bimbang mengenai bekalan air ketika musim panas yang melanda ketika ini,” katanya selepas menghadiri Bengkel Kajian Semula Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) Lembangan Sungai Klang, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas insiden gangguan bekalan air di sekitar Selangor baru-baru ini namun menjelaskan ia berpunca daripada paip pecah bukannya penyusutan paras air di sungai dan empangan.

“Bagi Aidilfitri kali ini, kita akan membuat pengawasan yang lebih ketat supaya tidak ada pihak yang mencemarkan sungai,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.