Hampir RM18j kerugian akibat kes penipuan di Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Hampir RM18j kerugian akibat kes penipuan di Pulau Pinang

FISOL SALLEH dalam sidang akhbar selepas Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216 peringkat Pulau Pinang di IPD SPT, Bukit Mertajam hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Hampir RM18 juta nilai kerugian akibat kes penipuan dilaporkan di Pulau Pinang hanya dalam tempoh tiga bulan tahun ini mebabitkan sebanyak 668 kes.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Fisol Salleh berkata, daripada jumlah itu, kerugian paling besar melibatkan penipuan telekomunikasi iaitu hampir RM9.7 juta daripada 160 kes yang dilaporkan.

Selain itu, jelas beliau, kes penipuan lain melibatkan e-dagang dengan nilai kerugian RM3.5 juta daripada sebanyak 281 kes yang dilaporkan serta penipuan pelaburan membabitkan nilai kira-kira RM3.1 juta (63 kes).

“Kes penipuan lain adalah e-kewangan iaitu RM724,469 melibatkan 70 kes; pinjaman tidak wujud sebanyak RM632,611 membabitkan 61 kes; Love dan Parcel Scam sebanyak RM294,077 dengan 13 kes dan sindiket ah long dengan nilai RM7,000 dengan 20 kes,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216 peringkat negeri di ibu pejabat polis daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT), di sini hari ini.

Sementara itu, tambah Fisol, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang sepanjang tahun ini setakat 28 Februari lalu juga berjaya menumpaskan sebanyak tujuh sindiket pengedaran dadah jenis heroin; ketamin; ganja dan syabu menerusi beberapa siri Op Mutiara.

Ujar beliau, menerusi operasi itu, seramai 2,878 orang telah berjaya ditahan dan 40 kertas siasatan telah dibuka manakala nilai rampasan sebanyak RM5.32 juta serta hasil sitaan harta pula sebanyak RM2.98 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya