MAIPs sumbang RM20,000 bantu perkukuh pengoperasian A-Heart Unimap - Utusan Malaysia

MAIPs sumbang RM20,000 bantu perkukuh pengoperasian A-Heart Unimap

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kanan) berkenan menyaksikan simbolik penyerahan sumbangan MAIPs sewaktu Majlis Santapan Hi-Tea Amal Limpahan Kasih di Dewan Ilmu, Kampus Alam Unimap, Pauh Putra, Arau, Perlis. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan sumbangan berjumlah RM20,000 bagi membantu mengukuhkan dana pengoperasian Pusat Autisme (A-Heart) Universiti Malaysia Perlis (Unimap).

Sumbangan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha MAIPs dalam bersama-sama membantu menjayakan inisiatif pendidikan dan dakwah melalui sumbangan kepada pusat-pusat kebajikan atau pendidikan.

Simbolik penyerahan sumbangan itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor kepada Naib Canselor Unimap, Prof Dr. Zaliman Sauli dan Pengerusi Persatuan Isteri dan Kakitangan Wanita Unimap (PISKANITA) Unimap, Datin Azliza Ahmad bersempena Majlis Santapan Hi-Tea Amal Limpahan Kasih di Dewan Ilmu, Kampus Alam Unimap, Pauh Putra, di sini semalam.

Dalam pada itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor Unimap dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Pro Canselor Unimap turut berkenan berangkat menghadiri majlis berkenaan.

Beberapa inisiatif melibatkan pendidikan kepada golongan berkeperluan telah disalurkan MAIPs melalui kerjasama pelbagai pihak berstrategik sebelum ini.

Antara pihak terlibat adalah seperti Jabatan Pendidikan negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Jabatan Mufti Perlis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Majlis Kebajikan Masyarakat Perlis, Institusi-Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) MAIPs dan pelbagai lagi.

Di samping itu, MAIPs turut bekerjasama sebagai rakan sokongan bagi penubuhan Pusat Genius Kurnia Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Perlis dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis sebagai rakan strategik. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya