Gaji minimum masih dirunding, kerajaan terbuka terima pandangan - Utusan Malaysia

Gaji minimum masih dirunding, kerajaan terbuka terima pandangan

Gaji minimum
MUSTAPHA Sakmud (dua, kiri) menyampaikan mock cek kepada salah seorang pemenang pertandingan itu pada Majlis Penyampaian Pingat Pertandingan WorldSkills Malaysia 2022, di Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Sumber Manusia masih terbuka untuk menerima sebarang pandangan daripada mana-mana pihak berkenaan cadangan menaikkan gaji minimum termasuk bagi lulusan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Ini kerana, belum ada keputusan dimuktamadkan berikutan isu berkenaan masih dalam peringkat rundingan dengan pemain industri.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, sebarang kenaikan gaji melibatkan pekerja lulusan berkenaan akan dimaklumkan oleh majlis berkenaan selepas selesai rundingan.

“Rundingan itu masih lagi berlangsung namun sekiranya ada pihak yang ingin memberikan sebarang cadangan berhubung isu gaji, kita akan bawah cadangan mereka ke Majlis Perundingan Gaji Negara.

“Setakat ini, semua majikan masih mengikut skim gaji minima yang telah ditetapkan kerajaan, yang akan dilaksanakan pada tahun ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyampaian Pingat Pertandingan WorldSkills Malaysia 2022, hari ini.

Beliau menambah, sementara keputusan tersebut belum dicapai, skim gaji lulusan TVET masih lagi tertakluk dengan skim gaji yang sedia ada ketika ini.

Pada bulan lalu, Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) dilaporkan meminta kerajaan menetapkan gaji minimum kepada lulusan TVET di antara RM1,800 hingga RM2,000.

Setiausaha Agung PKPB, Mohammad Rizan Hassan berkata, hal ini wajar dilakukan setelah mengambil kira kemahiran yang ada pada lulusan bidang itu, selain menarik lebih ramai belia menyertai TVET.

Terdahulu, dalam majlis tersebut  Mustapha mencadangkan supaya pemenang pertandingan WorldSkills supaya dilantik sebagai Duta Kemahiran sebagai menarik lebih ramai belia menyertai TVET.

“Selain itu, saya mencadangkan supaya produk yang dihasilkan oleh pemenang dapat dikomersialkan untuk dijadikan bahan jualan. Ini membolehkan mereka menjana pendapatan dan produk yang dihasilkan itu bukan semata-mata untuk pertandingan berkenaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya