Bendung monopoli pengambilan pekerja asing - Utusan Malaysia

Bendung monopoli pengambilan pekerja asing

V. SIVAKUMAR (tiga dari kiri) menyampaikan sijil kepada seorang graduan pada Majlis Konvokesyen Akademi KTM di Batu Gajah hari ini. - MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH: Kerajaan sedang mencari kaedah terbaik bagi membendung monopoli oleh pihak tertentu dalam pengambilan pekerja asing ke negara ini.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, ini termasuk langkah menggalakkan majikan supaya membuat urusan secara terus tanpa melalui ejen untuk mendapatkan tenaga kerja.

Menurutnya, cara itu dapat memastikan pengambilan pekerja asing agar tidak disalahgunakan mana-mana pihak.

“Kerajaan sememangnya prihatin dalam isu ini malah Perdana Menteri dan seluruh kabinet sedia maklum tentang masalah ini.

“Usaha-usaha sedang diambil untuk memastikan supaya pekerja-pekerja asing tidak disalahgunakan mana-mana pihak untuk membuat keuntungan yang tinggi.

“Pada masa ini banyak usaha-usaha yang telah diambil. Pada minggu lepas Menteri Dalam Negeri juga telah pergi ke tiga negara sumber iaitu Nepal, Indonesia dan Bangladesh untuk berbincang berkaitan perkara ini dan kami sedang membuat kaedah terbaik bagaimana mengatasi perkara ini.

“Mekanisme berkaitan perkara itu akan dilaksanakan untuk membolehkan majikan berurusan terus tanpa menanggung kos yang tinggi sebelum tenaga kerja asing tiba di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Majlis Konvokesyen Akademi Keretapi Tanah Melayu (KTM) di sini hari ini.

Turu hadir Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTM Berhad, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhenti menggunakan ejen bagi pengambilan pekerja asing kerana melibatkan kos tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya