Negara pernah kurang 157 juta telur di pasaran

Negara pernah kurang 157 juta telur di pasaran

KERAJAAN membelanjakan wang yang besar untuk memberi pelbagai subsidi bagi meringankan kos hidup rakyat. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) mendedahkan negara pernah kekurangan 157 juta biji telur ayam di pasaran tempatan yang direkodkan pada November tahun lalu.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, kekurangan bekalan itu bagaimanapun berjaya diatasi sehingga mencapai kekurangan sekitar sejuta biji telur ayam pada Disember tahun lalu.

Beliau berkata, isu kekurangan itu disokong sumber alternatif bekalan telur ayam dari negara luar untuk mencukupkan bekalan.

“Selepas dilantik sebagai menteri di kementerian ini, saya peroleh data dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) berkaitan kekurangan telur yang agak kritikal.

“Berdasarkan data itu, negara kekurangan 118 juta biji telur pada Oktober 2022 dan meningkat kepada 157 juta biji pada November. Pada saya ini suatu pencapaian yang membanggakan kerana dalam tempoh sebulan, MAFS berjaya mengatasi kekurangan telur di pasaran tempatan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, sebaik melapor diri pada 5 Disember lalu, beliau bersama pengurusan tertinggi MAFS bertemu beberapa pengeluar utama telur untuk mencari jalan penyelesaian terbaik supaya bekalan dapat dipulihkan.

Mohamad berkata, bermula Disember tahun lalu kerajaan membenarkan telur diimport sebagai langkah sementara untuk mencukupkan bekalan dalam negara.

Berhubung cadangan supaya kerajaan menghentikan eksport telur, Mohamad berkata, ia tidak boleh dilakukan kerana kenaikan mendadak kos makanan ayam yang diimport dan kawalan harga yang terlalu lama telah menekan pengeluar telur tempatan.

“Mereka (pengeluar telur) sangat mengharapkan hasil eksport telur itu untuk menampung kerugian dialami di pasaran tempatan kerana kawalan harga dikenakan terlalu lama dan boleh menyebabkan lebih banyak syarikat terpaksa menghentikan operasi.

“MAFS berbincang dua kementerian lain untuk mencari jalan supaya kawalan harga dapat diberhentikan namun, saya meminta subsidi bersasar diberikan kepada rakyat yang susah terlebih dahulu sebelum harga telur hendak diapungkan semula,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya