Hajiji sahkan sokongan SD 44 ADUN, rampasan kuasa gagal

Hajiji sahkan peroleh sokongan SD 44 ADUN, rampasan kuasa gagal

HAJIJI Noor (enam dari kiri) bersama ADUN Sabah selepas perjumpaan di kediaman rasmi Ketua Menteri di Kota Kinabalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan telah memperoleh surat akuan bersumpah (SD) daripada 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah sebentar tadi.

Pengumuman itu sekali gus menepis dakwaan kerajaan negeri Sabah akan tumbang susulan sebahagian ADUN UMNO-Barisan Nasional (BN) menarik sokongan daripada Hajiji.

Hajiji, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, surat akuan bersumpah itu telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu semalam.

“Kita mempunyai sokongan majoriti daripada 44 ADUN. Ini bermakna bahawa kerajaan yang ada ini…yang saya pimpin ini masih lagi utuh serta kuat dan akan terus mentadbir negeri Sabah,” katanya selepas perjumpaan bersama 44 ADUN Sabah di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya hari ini.

Sokongan yang diterima ini adalah daripada kesemua wakil rakyat yang ada di sini termasuk ADUN Pakatan Harapan (PH) dan juga ADUN UMNO-BN serta GRS.

Pada masa ini, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempunyai 29 kerusi dan memperoleh sokongan 15 lagi ADUN lain termasuk lima ADUN UMNO, tujuh ADUN Pakatan Harapan (PH), ADUN Bebas Datuk Masiung Banah (Kuamut); Rina Jainal (Harapan Rakyat-Kukusan) dan ADUN Dilantik Dr Aliakbar Gulasan.

Mengenai rombakan Kabinet, Hajiji berkata, rombakan akan berlaku dalam masa terdekat namun, beliau tidak memaklumkan tarikh sebenar rombakan akan dilakukan.

Mengulas lanjut katanya, sekiranya ada pihak mempertikaikan kedudukannya mengikut peruntukan Perlembagaan Negeri Sabah maka, mereka boleh mencabar perkara itu di mahkamah.

“Mana yang tidak puas hati, diorang boleh bawa ke mahkamah untuk buat keputusan,” katanya.

Kemelut politik Sabah bermula pada Jumaat lalu apabila Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menarik sokongan daripada Hajiji Noor.

Pergolakan yang berlaku itu berikutan ada dakwaan bahawa BN dan Parti Warisan (Warisan) mahu bekerjasama bagi membentuk kerajaan baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×