Murid Tahun 1 meninggal dunia selepas sukar bernafas di kelas

Murid Tahun 1 meninggal dunia selepas sukar bernafas di kelas

Pegawai polis jatuh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang murid perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia selepas mengalami kesukaran bernafas ketika berada di dalam kelas di Sekolah Kebangsaan (SK) Dengkil, di sini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 7.30 malam semalam.

Menurutnya, mangsa diberikan bantuan awal pernafasan di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Norhizam berkata, bedah siasat terhadap mangsa dijalankan di Hospital Putrajaya pada pukul 8 pagi tadi dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita tidak benar berhubung kejadian berkenaan.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Vishno Kumar Tharuma Rethinam menerusi talian 011-11021528.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kematian seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun akibat tercekik makanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini