Berang kahwin 'senyap', isteri bekas jurulatih bola sepak bergaduh

Berang kahwin ‘senyap’, dua isteri bekas jurulatih bola sepak kebangsaan bergaduh

MOHD. IQBAL IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Berang kahwin tanpa pengetahuan dipercayai punca pergaduhan dua isteri bekas jurulatih bola sepak kebangsaan di sebuah restoran di bandar raya ini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, seorang wanita yang juga isteri kedua itu tampil membuat laporan polis terhadap suspek yang merupakan isteri pertama dipercayai menarik rambut pengadu di dalam restoran berkenaan, pukul 2.18 pagi.

“Ia kemudian membawa kepada pergaduhan dan pertengkaran di luar premis berkenaan.

“Siasatan awal mendapati punca pergaduhan akibat suspek tersindir dengan kenyataan pengadu dalam sebuah program dan marah berkahwin dengan suami tanpa pengetahuannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Iqbal, kedua-dua pihak termasuk bekas jurulatih itu sudah dipanggil untuk diambil rakaman percakapan.

“Suspek turut membuat laporan polis pada hari sama. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” jelasnya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan dua wanita dipercayai isteri kepada bekas jurulatih bola sepak bergaduh akibat timbul perselisihan faham antara mereka.

Namun, pergaduhan itu berjaya dileraikan orang ramai di lokasi kejadian dan kedua-dua individu itu tampil membuat laporan polis bagi tindakan lanjut.

Dua minggu lalu, tular dalam TikTok pengguna Twitter mendedahkan bekas pemain bola sepak yang terkenal pada era 1980-an dan 90-an itu berkahwin dengan seorang artis dan bukanlah berstatus duda.

Wanita berusia 30 itu kemudian mengesahkan dirinya sudah berkahwin namun tidak memperincikan butiran lanjut termasuk tarikh perkahwinan mereka.

Bekas jurulatih berusia lingkungan 60-an itu turut meletakkan telefon dan gagal dihubungi lagi sama ada menerusi panggilan telefon mahupun pesanan WhatsApp. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya