Dua isteri bekas jurulatih bola sepak gaduh di restoran - Utusan Malaysia

Dua isteri bekas jurulatih bola sepak gaduh di restoran

Letupan
MOHD. IQBAL IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dua wanita dipercayai isteri kepada bekas jurulatih bola sepak kebangsaan bergaduh di sebuah restoran di bandar raya ini, awal pagi tadi.

Difahamkan, kejadian itu tercetus akibat timbul perselisihan faham antara dua individu berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati berlaku pertikaman lidah antara mereka di restoran itu.

“Namun, pergaduhan itu berjaya dileraikan orang ramai di lokasi kejadian. Kedua-dua individu itu telah tampil membuat laporan polis bagi tindakan lanjut,” katanya hari ini. 

Tambah beliau, siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK),” katanya.

Sebelum ini tular dalam TikTok mengenai seorang pengguna Twitter mendedahkan bekas pemain bola sepak yang terkenal pada era 1980-an dan 90-an itu berkahwin dengan seorang artis dan bukanlah berstatus duda.

Wanita berusia 30 itu kemudian mengesahkan dirinya sudah berkahwin namun enggan memperincikan butiran lanjut termasuk tarikh perkahwinan mereka.

Bekas jurulatih berusia lingkungan 60-an itu turut meletakkan telefon dan gagal dihubungi lagi sama ada menerusi panggilan telefon mahupun pesanan WhatsApp. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.