Wong May Ing nafi ikut suami pindah KL selepas PRU15

Wong May Ing nafi ikut suami pindah KL selepas PRU15

WONG MAY ING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (UN) Pantai Remis, Wong May Ing menafikan beliau akan mengikut suaminya berpindah ke ibu negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurutnya, dakwaan tersebut yang dibuat oleh parti lawan adalah tidak berasas dan seolah-olah merendahkan martabat kaum wanita.

“Semalam saya terima WhatsApp mengenai lawan saya semasa program kempen bertemu rakyat, mengatakan kepada pengundi bahawa saya sudah berkahwin di KL (Kuala Lumpur) dan akan berpindah ke KL mengikut suami.

“Pencabar saya itu kemudian meminta pengundi memberi peluang kepadanya selama lima tahun untuk berkhidmat kepada penduduk Pantai Remis. Dia tekankan bahawa saya seorang wanita, sudah kahwin orang KL dan tidak akan menjalankan perkhidmatan sebagai wakil rakyat,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Ahli Jawatankuasa DAP Perak itu, beliau sudah dua penggal menjadi wakil rakyat di DUN Pantai Remis iaitu sejak 2013 dan berkahwin dua tahun kemudian.

Jelasnya, walaupun sudah tujuh tahun berkahwin, beliau tetap tinggal di Pantai Remis dan menjalankan perkhidmatan sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

“Beliau (pencabarnya) nampaknya tidak membuat ‘kerja rumah’ dengan tidak cuba mencari kawasan saya tinggal di Pantai Remis.

“Ini taktik cara lama (untuk meraih undi), takkanlah kamu tidak ada tawaran atau manifesto apa yang mahu dilakukan di Pantai Remis, bukannya melakukan serangan peribadi,” ujarnya.

Menurut beliau, calon yang bertanding sepatutnya boleh melihat risalah manifestonya kemudian memberi ulasan adakah ia memadai atau banyak kekurangan.

Pada PRU15 ini, May Ing mahu mempertahankan kerusi DUN Pantai Remis untuk penggal ketiga dan dicabar oleh Albert Looi Tuan Gin (BN) dan Ee Chin Oon (PN). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.