Tian Chua hadir sebagai calon bebas

Tian Chua hadir sebagai calon bebas

Calon bebas bagi Parlimen Batu, Siti Zabedah Kasim (kiri) dan Chua Tian Chang (kanan) melaungkan sorakan bersama penyokong mereka ketika hadir ke pusat penamaan calon di SMK Sentul Utama di sini hari ini. GAMBAR - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Tian Chang hadir untuk bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Batu semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bekas Ahli Parlimen Batu itu hadir pada 8.30 pagi sambil diiringi oleh penyokong-penyokongnya yang berpakaian putih.

Kehadiran Chua Tian pagi ini menjawab persoalan bahawa beliau akan bertembung dengan wakil partinya sendiri iaitu penyandang kerusi Parlimen Batu, P. Prabakaran.

Semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Chua Tian hilang kelayakan untuk mempertahankan Parlimen Batu apabila pegawai pengurus pilihan raya membatalkan kertas pencalonannya.

Kejadian tersebut membuatkan Pakatan Harapan (PH) ketika itu membantu gerak kerja dan memberi sokongan kepada Prabakaran yang bertanding sebagai calon bebas.

Dengan bantuan daripada PH, Prabakaran berjaya memenangi kerusi Parlimen Batu dengan jumlah majoriti undi sebanyak 24,438 dan mengalahkan pencabarnya ketika itu daripada Barisan Nasional (BN), Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

Dalam perkembangan lain, Prabakaran mula memasuki kawasan pusat penamaan calon pada pukul 8.45 pagi ini.

Beliau diiringi kira-kira 300 orang penyokong yang berarak masuk di perkarangan pusat penamaan calon Parlimen Batu.

Sementara itu, calon bebas, Siti Kassim tiba awal di kawasan penamaan calon pada pukul 7.55 pagi lagi bersama kira-kira 50 penyokong. -UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.