Pengundi bijak, matang beza politik kotor - KJ

Pengundi bijak, matang beza politik kotor – KJ

KHAIRY Jamaluddin (tengah) beramah mesra dengan kariah Masjid Jamek Sungai Pelong, selepas menunaikan Solat Jumaat di Kampung Sungai Pelong, Sungai Buloh, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin yakin pengundi di kerusi berkenaan bijak dan matang membezakan politik kotor yang dimainkan pihak lawannya sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Khairy, taktik kotor pihak lawan melemparkan fitnah ke atasnya merupakan sebahagian daripada asam garam berpolitik dan beliau sudah terbiasa dengannya.

“Saya sudah biasa dengan perkara seperti itu (fitnah), ini kali ke empat saya bertanding PRU (di mana) tiga penggal jadi ahli Parlimen, tiga kali jadi menteri.

“Saya rasa pengundi lebih matang dan dapat membezakan politik kotor dengan visi Kata Janji untuk Sungai Buloh yang saya bentangkan untuk mereka,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Sungai Pelong, di sini hari ini.

Ketika diminta mengulas mengenai peluang beliau di Sungai Buloh, Khiary masih menyifatkan persaingan merebut kerusi berkenaan sengit meskipun memasuki hari terakhir berkempen.

Katanya, perebutan kerusi Sungai Buloh merupakan paling sengit dalam karier politik beliau biarpun bergelar ahli Parlimen selama tiga penggal ekoran Parlimen ini merupakan kubu kuat Pakatan Harapan (PH).

Jelasnya, beliau amat memerlukan sokongan semua pengundi di Sungai Buloh untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing keluar mengundi dan memilih beliau sebagai wakil rakyat mereka.

“Memang pertandingan di Sungai Buloh masih lagi sengit dan saya memerlukan semua pengundi untuk keluar esok dan kita tidak mahu nanti esok kita dapat undi yang banyak tapi tidak cukup.

“Pengundi Sungai Buloh juga diharap tidak menganggap bahawa pertandingan tidak sengit atau sudah ‘gone for conclusion’ (membuat keputusan) kita kena keluar esok untuk kasi tukar, kasi jadi di Sungai Buloh,” katanya.

Parlimen Sungai Buloh bakal menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan Khairy Jamaluddin (BN), Ramanan (PH), Mohd. Ghazali Md. Hamin (PN), Mohd. Akmal Mohd. Yusof (GTA), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan Nurhaslinda Basri serta Syed Abdul Razak Syed Long Alsagof masing-masing calon Bebas.

Pada PRU14 dalam persaingan di P.107 Sungai Buloh, Sivarasa meraih 43,631 undi menewaskan Nuridah daripada Pas yang memperoleh 16,977 undi, A.Prakash Rao mewakili BN (16,681) dan Zainurizzaman Moharam dari PSM (642). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya