Kredit bantuan automatik isi rumah bawah RM2,208

Kredit bantuan automatik isi rumah bawah RM2,208

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Barisan Nasional (BN) menerusi manifesto menawarkan insiatif iaitu memasukkan atau mengkreditkan bantuan secara automatik kepada semua isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,208.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia adalah ‘top up’ atau tambahan pendapatan bulanan bagi memastikan semua isi rumah di seluruh negara mempunyai sekurang-kurangnya pendapatan RM2208 sebulan.

“Skim ini adalah jalan paling adil, munasabah dan strategik. Bukan sahaja bagi menangani kos sara hidup yang sangat membebankan.

“Namun bagi memastikan tiada lagi isi rumah yang terpaksa hidup di bawah garis kemiskinan, atau dalam erti kata lain, selepas ini, insiden kemiskinan mutlak hanya akan tinggal sejarah di Malaysia,” katanya dalam pengumuman Manifesto BN hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya