Isu ugut Azam Baki: Bukti PH amal politik dendam - PM

Isu ugut Azam Baki: Bukti PH amal politik dendam – PM

ISMAIL Sabri Yaakob
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Kenyataan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memperlihatkan sikap sebenar Pakatan Harapan (PH) yang mengamalkan politik dendam. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sikap tersebut juga dipraktikkan PH sejak hari pertama mereka masuk sebagai pemerintah selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

“Inilah sikap sebenar mereka, simpan dendam. Lihat saja lepas menang PRU14 pada hari pertama masuk memerintah sebagai kerajaan PH balas dendam dengan memecat puluhan ribu pegawai kontrak di Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Biro Tata Negara (BTN) dan sebahagian kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) kerana diangggap penyokong Barisan Nasional (BN).

“Mereka dipecat tanpa ada ruang, dibuang serta-merta terus jabatan dibubarkan, malah pengerusi-pengerusi agensi, anak syarikat dapat surat pecat. Sikap mereka dah ditunjuk sebelum ini.

“Jadi ugutan Rafizi itu bukan suatu yang asing dalam amalan PH. Harapnya kakitangan awam sedar perkara ini, tuduh polis dan askar dibayar, itu juga satu bentuk penghinaan kepada tentera dan keluarga mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas program ramah mesra bersama penduduk Bandar 32 di sini hari ini.

Media pada Rabu melaporkan, Rafizi yang juga calon PH Parlimen Pandan menerusi Ceramah Mega di Johor Bahru berkata, PH akan mencari Azam jika gabungan itu menang PRU15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya