Hujan renyai tak lunturkan semangat mengundi - Utusan Malaysia

Hujan renyai tak lunturkan semangat mengundi

S. KOMATHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT: Hujan renyai-renyai tidak melunturkan semangat pengundi dalam Parlimen Hulu Langat menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Tinjauan Utusan Malaysia ke salah satu pusat mengundi dalam Parlimen itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Semenyih mendapati, kenderaan mula sesak di jalan utama berdepan sekolah tersebut sejak pukul 7.45 pagi.

Seorang pengundi, S. Komathi, 60, yang ditemui berkata, sebelum ini dia telah beberapa kali mengundi dalam pilihan raya terdahulu, namun kali ini begitu teruja kerana mahukan kestabilan politik.

“Ini bukan kali pertama saya mengundi, sudah banyak kali sebelum ini saya mengundi dalam pilihan raya terdahulu.

“Kali ini, saya menunaikan tanggungjawab kerana mahukan pemimpin yang terbaik bagi mewakili kami penduduk dalam Parlimen Hulu Langat,” katanya.

Liza Ismail, 50, pula berkata, pilihan raya kali ini penting demi kerana mahukan pemimpin bertanggungjawab.

“Kali ini, saya mengundi dengan penuh harapan. Ini kerana saya mahu memilih pemimpin bertanggungjawab yang menegakkan agama Islam,” katanya.

Pada masa sama, seorang pengundi kali pertama bagi Parlimen Hulu Langat, Norraihanad Rosli, 25, berkata, pengalaman kali pertama mengundi ini membuatkannya gementar.

“Memandangkan ini kali pertama saya mengundi, jadi rasa gemuruh. Saya takut salah membuat pilihan.

“Tapi, harapan saya agar pemimpin yang dipilih itu nanti dapat menegakkan hak rakyat. Pada masa sama, semoga pemimpin itu berintegriti, dan dapat membina negara dengan baik,” katanya.

Bagi Parlimen Hulu Langat, seramai enam calon pelbagai parti termasuk seorang Bebas, bersaing merebut kerusi itu.

Pada PRU14, Parlimen Hulu Langat dimenangi Pakatan Harapan (Amanah) dengan majoriti 25,424 undi, menewaskan bekas penyandang daripada Pas dan calon BN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.