Aliran trafik dijangka meningkat mulai khamis ini

Aliran trafik dijangka meningkat mulai khamis ini

ACRYL Sani Abdullah Sani melambai ke arah wakil media ketika tiba untuk membuang undi di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini. - FOTO/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aliran trafik dijangka mencatatkan peningkatan bermula Khamis ini susulan orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman bagi menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman telah membuat persediaan dan membuat penugasan rapi bagi menghadapi keadaan trafik yang tinggi.

Kata beliau, PDRM tidak menghadapi sebarang masalah menguruskan kesesakan trafik memandangkan mempunyai pengalaman sebelum ini.

“PRU15 kali ini tidak ada bezanya dengan sebelum ini. Pesan saya kepada semua pengundi yang berhasrat untuk pulang ke kampung, atur pergerakan masing-masing.

“Patuhi peraturan lalu lintas bagi mengurangkan jumlah kemalangan dan kesesakan,” katanya ketika ditemui selepas undi awal di Bukit Aman, di sini hari ini.

Acryl Sani dengan diiringi pegawainya hadir kira-kira pukul 10.10 pagi.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan hari kelepasan am pada 18 dan 19 November ini bagi memudahkan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi PRU15.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai insiden khianat bahan kempen, Acryl Sani berkata, perbuatan itu ada dilaporkan berlaku pada pilihan raya kali ini, namun jumlah kes direkodkan lebih kecil berbanding sebelum ini. 

“Ia berlaku (perbuatan khianat) dan kita tidak dapat nak elak perkara sedemikian. Namun, apa juga laporan diterima akan disiasat dengan telus dan adil membabitkan semua pihak tanpa mengira mana-mana parti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya