PETALING JAYA: Malaysia tidak perlu pertambahan kerusi Parlimen sebaliknya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membuat persempadanan semula di kawasan-kawasan yang mempunyai lebihan pengundi bagi mewujudkan kesamarataan pengundi. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, persempadanan semula perlu dibuat mengikut kategori yang sama iaitu melibatkan kawasan bandar, separuh bandar dan luar bandar atau pedalaman. Beliau berkata, pertambahan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN)…










