KJ tetap bersama UMNO selamanya

KJ tetap bersama UMNO selamanya

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan, beliau tetap bersama UMNO dan tidak akan meninggalkan parti itu walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Pencerahan Khairy itu sekali gus menepis dakwaan beliau akan meninggalkan parti tersebut susulan tular video bertajuk KJ keluar UMNO!! Sah, keputusan muktamad Khairy Jamaluddin baru-baru ini.

Khairy yang juga Menteri Kesihatan berkata, beliau tidak gemar melayan laporan sensasi tersebut namun perlu menjelaskannya selepas ditanya pelbagai pihak.

“Saya tak suka layan berita macam ini tapi ramai mesej dan tanya. Saya tetap UMNO. Saya menang Ketua Pemuda UMNO tetapi tidak dilantik (Jemaah Menteri) dan dipulau, tetap UMNO.

“Waktu kalah PRU13 (Pilihan Raya Umum Ke-13) dan macam-macam ‘political persecution’ tetap UMNO. Saya kalah (jawatan) Presiden dan dipandang semacam, tetap UMNO.

“Kena cari kawasan baharu pun, tetap UMNO. Jangan risau, dulu kini dan selamanya,” katanya dalam hantaran di laman Instagram.

Bagaimanapun, laporan berbentuk video berdurasi dua minit tujuh saat pada itu tidak menyentuh isu Khairy keluar daripada UMNO, sebaliknya berkenaan spekulasi bahawa kerusi Rembau akan ditandingi oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Dalam laporan itu juga, Khairy dikatakan diberi dua pilihan kerusi Parlimen, iaitu Alor Setar dan Port Dickson untuk ditandingi mewakili UMNO pada PRU15.

Untuk rekod, Khairy yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Rembau menjadi Ahli Parlimen kawasan itu sejak 2008 dan tidak pernah tewas dalam pilihan raya umum. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN