Tindakan tegas syarikat penerbangan naik harga tiket - PM

Tindakan tegas syarikat penerbangan naik harga tiket – PM

ISMAIL SABRI Yaakob menunjukkan ayam segar yang dijual dengan harga RM5 pada Majlis Pelancaran Pasaraya MG Coopmart dan Jualan Harga Murah Semarak Ramadan Keluarga Malaysia serta Penyampaian Bantuan Banjir Keluarga Malaysia di Pasaraya MG Coopmart Cawangan Bera di Bera, Pahang. - UTUSAN/NORHAFIZAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana syarikat penerbangan yang didapati menaikkan harga tiket melampau sehingga membebankan pengguna, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Perdana Menteri berkata, beliau telah meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melihat tindakan menaikkan harga tiket kapal terbang hingga 500 peratus itu menyalahi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan. 

“RM2,000 (tiket ke Sabah) sekarang sama mahal ke London. Jadi saya sudah minta Kementerian Pengangkutan memanggil syarikat-syarikat penerbangan untuk minta menurunkan harga. Pada masa sama KPDNHEP perlu tegas terhadap mana-mana pihak tidak kira syarikat besar atau kecil, mana yang ambil keuntungan berlebihan dan salah di bawah akta anti pencatutan perlu diambil tindakan segera.

“Kita tidak membiarkan para peniaga mengambil kesempatan sewaktu musim puasa dan raya ini untuk memberi tekanan kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pasaraya MG Coopmart dan Jualan Harga Murah Semarak Ramadan Keluarga Malaysia serta Penyampaian Bantuan Banjir Keluarga Malaysia di Pasaraya MG Coopmart Cawangan Bera, di sini hari ini. 

Yang hadir sama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

Jumaat lalu, Utusan Malaysia melaporkan, harga tambang kapal terbang terutama ke Sabah melonjak 20 kali ganda atau 2000 peratus dari harga asal, menyaksikan harganya antara RM1,800 hingga hampir RM4,000 untuk penerbangan sehala. 

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, beliau dimaklumkan bahawa Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong telah mengadakan perjumpaan dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi mengkaji semula kenaikan harga yang agak melampau itu.

Beliau berkata, kenaikan melampau itu tidak wajar kerana ia sudah tentu membebankan pengguna apatah lagi mereka yang merancang pulang ke kampung masing-masing.  

“Saya beritahu kalau tambang pesawat ke Kedah naik harga mereka hendak balik kampung boleh balik dengan kereta, ada alternatif tetapi kalau tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak naik, mereka hendak naik apa tak kan naik kereta balik Sabah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya