Pembukaan sempadan pulihkan sektor pelancongan

Pembukaan sempadan pulihkan sektor pelancongan

NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua pihak dinasihat bersabar menunggu  pembukaan sempadan negara yang dijangka diumumkan tidak lama lagi. 

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat pengumuman mengenainya.

“Pemain-pemain industri juga bingung sekejap buka dan sekejap tutup, tetapi kita menuju ke arah itu tidak lama lagi. Tunggu Perdana Menteri mengumumkan bila kita hendak buka sempadan. 

“Bila buka sempadan, semua akan kembali seperti biasa. Sabarlah menanti, tidak lama lagi, Insya-Allah,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Hari Kraf Kebangsaan 2022 dengan tema ‘Kraf Mewarnai Keluarga Malaysia’ di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, hari ini. 

Mengulas mengenai kenaikan jumlah kes Covid-19 susulan gelombang varian Omicron yang kini melanda negara, Nancy menasihatkan semua pihak terus peka dan patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. 

“Kita perlu cari cara yang terbaik untuk memulakan sektor pelancongan bergerak seperti biasa. Jika takut, kita jaga diri serta terhadkan diri daripada keluar. 

“Macam saya bukan saya tidak takut tetapi saya perlu mengimbangkan kesihatan, keselamatan dan ekonomi. Kalau kami tidak berani, siapa lagi? 

“Kita tengok bagaimana laporan mengenai Omicron ini  namun ia tidak begitu bembahaya seperti Delta. Saya tidak mahu bercakap sebagai doktor namun saya mendengar apa yang dimaklumkan kepada kita. 

“Kita perlu bersiap sedia seperti Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan bagaimana kita hendak menanganinya jika mempunyai simptom,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN