Mengapa Johor mengejar pilihan raya?

Mengapa Johor mengejar pilihan raya?

PRN Johor dilihat jalan keluar daripada kemelut politik dan ekonomi Johor. - FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEBERGANTUNGAN dinamik eko­nomi Johor adalah kepada ekonomi Singapura.

Dianggarkan 415,000 rakyat Johor bekerja di sana. Dalam tem­poh hampir dua tahun ini, Bangsa Johor menempuh sengsara akibat pandemik Covid-19. Diberhentikan kerja akibat pe­nguncupan ekonomi Singapura. Lebih-lebih lagi yang bekerja dalam bidang low skill dan low pay.

Keberadaan Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad sebagai menteri besar ke-18 pula bukanlah bermula dari satu yang normal. Beliau menteri besar ketiga selepas PRU-14 dilangsungkan 9 Mei 2018. Naiknya Hasni berikutan kerajaan Pakatan Harapan (PH) berakhir terlalu awal.

Pengakhiran PH disebabkan oleh unforeseen circumstances, dari kelemahan mereka sendiri. Pada 24 Februari 2020, Perdana Menteri ketujuh meletak jawatannya. Babak politik itu mengu­bah persepsi dan pemahaman rakyat berkenaan demokrasi berparlimen serta Raja Berper­lembagaan. Rakyat melihat poli­tics is a game of numbers. Na­sib untung rugi mereka amat bergantung kepada bagaimana game of numbers ini dimainkan.

Malangnya, dalam permainan itu yang tersepitnya rakyat. Yang tergendala adalah seribu satu penyelesaian kepada segala permasalahan mereka.

Bagaimanapun Johor dapat mengelak dari terus diperjudi­kan oleh permainan ini hasil kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Pada 26 Februari 2020, Tuanku memanggil mengadap kesemua ADUN Johor. Mereka diberi kebebasan untuk memilih di antara dua pakatan politik yang ada. Daripada 56 ahli Dewan Negeri Johor, 28 memilih gabungan baharu (ketika itu belum lagi dipanggil Perikatan Nasional) dan 26 kekal bersama PH. Dan Hasni datang di tengah-tengah penggal pentadbiran selepas Allahyarham Datuk Osman Sapian dan Datuk Dr. Sahruddin Jamal.

Covid-19 punca eko­nomi Johor dalam menurun. Sektor hartanah Johor terjejas akibat Perin­tah Kawalan Pergerakan (PKP) selain lara­ngan melancong dari China dan Singapura ke Malaysia. Negara tersebut merupakan negara 10 teratas pembeli hartanah terbanyak di Johor bagi tujuan pelaburan. Industri pelanco­ngan turut mendapat tempias ne­gatif. Ia lebih teruk dari pandemik Sars pada 2003.

Johor sepatutnya sedang ran­cak menjayakan tahun Visit Johor 2020, namun akibat pandemik, ia terpaksa dilanjutkan sehingga 2022. Dianggarkan, sektor perhotelan kehilangan lebih 17.4 juta pelancong dan 8.4 juta overnight visitors. Akibatnya, sektor perhotelan kerugian melebihi 30 peratus. Johor hari ini memerlukan pemulihan ekonomi drastik untuk stabil.

Dengan ugutan silih ber­ganti ‘saya tekan butang se­karang, jatuh kerajaan Johor’, menyebabkan pelabur Singapura barangkali takut-takut datang melabur. Sekali tarik hand brake datang pula menteri besar keempat.

Tetapi diam tak diam, hari ini Isnin 28 Februari genap dua tahun Hasni memimpin Johor, menyangkal rekod MB terpendek Johor boleh pecah lagi.

Dr. Sahruddin, ADUN Bukit Kepong sebelum ini menduduki tampuk pentadbiran negeri selama 10 bulan bermula 14 April 2019. Beliau menggantikan Osman yang dilantik jawatan tersebut 12 Mei 2018 dan mentadbir selama 11 bulan sehingga 9 April 2019.

Kepada persoalan keluar dari segala kemelut politik dan ekonomi Johor hari ini, barangkali PRN Johor 12 Mac ini sahaja jawapannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN