RMT RM2.50 harga sedekad lalu, pengusaha rugi - Utusan Malaysia

RMT RM2.50 harga sedekad lalu, pengusaha rugi

TANGKAP layar rungutan makanan RMT pengguna Facebook mempersoalkan peruntukan kerajaan menerusi program itu, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harga bagi satu hi­dangan di bawah Program Ran­­cangan Makanan Tambahan (RMT) yang ditetapkan sejak 2013 di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan iaitu RM2.50 tidak lagi sesuai dengan peredaran masa lebih-lebih lagi kenaikan harga barang mentah pada waktu ini sehingga 80 pe­ratus.

Bercakap kepada Utusan Ma­laysia, Presiden Persatuan Pe­ngusaha Kantin Sekolah Ma­laysia (PPKSM), Hamzah Omar berkata, jumlah caj itu tidak lagi sesuai dengan aliran kenaikan harga barang mentah pada waktu ini, sekali gus merugikan pengusaha berikutan pelaburan yang tidak balik modal.

Menurutnya, caj harga yang rendah itu menyukarkan pihak pengusaha menyediakan hidangan makan terbaik untuk murid-murid seiring dengan permintaan pihak sekolah yang ingin pelajar mereka disajikan dengan menu lengkap.

“Kami sebagai pengusaha tidak mendapat apa-apa keuntungan, malah, berada dalam keadaan rugi. Dengan RM2.50 perlu hidangkan menu lengkap seperti nasi berlauk ayam lengkap dengan sayur-sayuran dan air minuman.

“Nasi dengan ayam sahaja sudah melebihi jumlah peruntukan RMT untuk seorang murid, bagaimana kami nak pusing modal untuk berniaga? Saya cadangkan naik kepada RM4, bukan untuk meraih keuntungan tetapi untuk mengelakkan kami kekal berada dalam kerugian,” katanya semasa dihubungi Utusan Malaysia.

Sehingga kini, sebanyak 2,200 pengusaha kantin yang aktif seluruh Malaysia dan sekitar 3,000 ahli berdaftar di bawah PPKSM.

Tular di media sosial baru-baru ini berkenaan seorang murid yang membawa pulang makanan RMT yang hanya disajikan nasi putih dengan kuah kosong.

Malah, Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin segera menjelaskan bahawa isu tular tersebut tidak melibatkan mana-mana sekolah di bawah kementeriannya.

Sebelum ini, akhbar turut melaporkan para pengusaha kantin sekolah menggesa kadar RMT kepada murid-murid sekolah rendah yang ditetapkan pada RM2.50 di Semenanjung, manakala RM3 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan perlu dinaikkan.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, mereka terpaksa akur dengan perjanjian namun mengharap ada keajaiban buat pengusaha kantin yang kini berada di dalam keadaan tertekan dengan kenaikan harga barang dan ketiadaan pekerja.

“Kekurangan tenaga kerja yang berpunca daripada jumlah cuti melampau menyebabkan pengusaha-pengusaha kantin gagal mendapatkan kakitangan walaupun sudah menawarkan upah lumayan. Jadi saya harap suara kami didengari,” ujarnya.

Seorang pengusaha kantin di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti, Jazmi Hassan, 47, meluahkan kebimbangannya menyediakan hidangan lengkap untuk pelajar jika kadar RMT tidak dinaikkan dan harga barang kekal naik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×