Sulaiman angkat sumpah ketua menteri tengah malam tadi - Utusan Malaysia

Sulaiman angkat sumpah ketua menteri tengah malam tadi

Sulaiman Md. Ali mengangkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13 di hadapan Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam di Melaka tengah malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 pada pukul 12.58 tengah malam tadi.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti besar 21 kerusi.

Hadir sama isteri Mohd. Ali, Toh Puan Asmah Abd. Rahman.

Sulaiman Md. Ali menandatangani watikah dan sumpah kerahsiaan sebagai Ketua Menteri Melaka yang ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri, Ayer Keroh, Melaka tengah malam tadi.

Turut hadir menyaksikan acara angkat sumpah itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sulaiman, 55, sebelum ini dinamakan sebagai calon Ketua Menteri BN jika parti itu menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ini merupakan kali kedua beliau dilantik selepas pertama kali pada Mac 2020. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya