`Turun pangkat’ demi diesel subsidi RM1.65 seliter - Utusan Malaysia

`Turun pangkat’ demi diesel subsidi RM1.65 seliter

Nelayan C2 sanggup `turun pangkat' untuk beli diesel harga subsidi. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

las C2 sanggup ‘turun pangkat’ demi memastikan mereka memperoleh diesel bersubsidi berharga RM1.65 seliter.
Utusan Malaysia difahamkan, walaupun tindakan turun kelas daripada C2 kepada C itu suatu kesalahan, namun ia didakwa tetap berlaku ekoran harga diesel industri yang terlalu mahal.

Sumber memaklumkan, untuk naik pangkat ataupun naik kelas, ia dibenarkan mengikut peraturan.
“Jika ‘turun pangkat’, mengikut peraturan tidak dibenarkan, namun, tetap berlaku. Faktor utama kerana diesel bersubsidi,” kata sumber itu semalam.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan, kira-kira 450 pengusaha bot kelas C2 di seluruh negara semakin ‘tenat’ sehingga ramai terpaksa menghentikan operasi kerana tidak mampu menanggung kenaikan harga diesel industri sehingga RM50,000 sebulan bagi sebuah bot sebelum keluar menangkap ikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Harga diesel industri yang dijual kepada pengusaha bot kelas C2 kini meningkat daripada RM2.05 seliter kepada RM2.70 seliter kelmarin.

Pada tahun lalu, direkodkan terdapat kira-kira 594 buah bot kelas C2 di negara ini.
C2 adalah bot paling besar dalam semua kelas yang ada dan pemegang lesennya dibenarkan menangkap ikan di kawasan 30 batu nautika dari pantai.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Pahang (Pernepa), Zulkiflee Md. Yusof berkata, jika berdasarkan pembelian minyak diesel dengan pihak persatuan, kekurangan bot kelas C2 begitu ketara.

“Kita dapati berlaku penambahan membabitkan bot kelas C, jadi timbul juga persoalan ke mana perginya bot-bot kelas C2?,” soalnya.

Beliau berkata, isu diesel bersubsidi sekian lama membelenggu pengusaha bot C2 yang dianggap sebagai nelayan komersial dan golongan korporat oleh pihak kerajaan berbanding nelayan kelas C.

“Kita seharusnya mengambil kira kawasan pengoperasian bot kelas C2, ia membabitkan kawasan 30 batu nautika ke atas dari pantai, jadi siapa yang menggunakan bahan api yang banyak?

“Jadi bila kerajaan anggap C2 golongan korporat dan kaya tetapi bila hendak beroperasi 30 batu nautika ke atas, mereka perlu guna bahan api yang banyak, sebab itu dulu kita mohon supaya kerajaan memberikan sama harga diesel antara C2 dan juga C,” katanya.

Menurutnya, apabila penggunaan bahan api tinggi, kos pengoperasian pengusaha bot C2 meningkat sekali gus ia mempengaruhi harga ikan di pasaran.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×