Umrah sebelum hujung tahun - Utusan Malaysia

Umrah sebelum hujung tahun

KEBENARAN membenarkan rakyat negara ini mengerjakan umrah di Mekah bergantung kepada situasi Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Umat Islam negara ini yang mahu menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah dan Madinah dijangka boleh berbuat demikian sebelum akhir tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sekiranya tiada sebarang halangan, perkara itu berkemungkinan dapat direalisasikan dalam tempoh dua bulan lagi.

Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada situasi semasa Covid-19 dalam negara di samping kebenaran kerajaan Arab Saudi.

“Saya yakin dalam sebulan dua lagi (umrah boleh dilaksanakan) cuma biasanya kalau kes Covid-19 tinggi tentunya susah nak pergi tetapi kita akan mengikut arahan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di samping mematuhi prosedur operasi stan­dard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan di Maahad Darul Quran (MDQ) di Rusila di sini semalam.

Semalam, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussein Saed Qattan memaklumkan kadar vaksinasi negara yang merupakan antara terpantas di dunia membolehkan Malaysia disenaraikan antara 49 negara yang diberi kelulusan negara itu bagi tujuan pelanco­ngan termasuk umrah bermula 1 Ogos lalu.

Bagaimanapun buat masa ini, Malaysia masih menunggu ke­nyataan rasmi daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berhubung permohonan visa umrah bagi rakyat Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN