PETALING JAYA: Buat pertama kali dalam sejarah, sekumpulan veteran tentera membuat keputusan menubuhkan parti politik iaitu Parti Kemakmuran Negara yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Datuk Sharuddin Omar berkata, keputusan itu diambil kerana parti politik sedia ada gagal menyelesai dan memperjuangkan pelbagai isu rakyat. Malah, katanya, meskipun terdapat beberapa veteran tentera yang dilantik sebagai ahli Parlimen ketika…










